Aktiviti Sekolah

Gemilang  Gemilang  Selamanya

 

| Home  |  E-mail  |  


Sekapur Sirih seulas pinang

....SMKBS Online

 




Sila buat pilihan anda di bawah

Strategi Khas Panitia 

 Forum 

E-card



  

  

STRATEGI KHAS PANITIA

PANITIA BAHASA MELAYU

Terbahagi kepada empat bahagian:

1. Karangan: Karangan akan dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu pendahuluan, isi dan penutup dan bahagian ini akan diajar secara berasingan. Karangan-kerangan pelajar yang terbaik akan dicetak dan diedarkan kepada pelajar.

2. Kefahaman: Pelajar akan diminta menerangkan dengan jelas tentang apa yang mereka faham dengan petikan yang diedarkan oleh guru.

3. Rumusan: Pelajar akan dijelaskan dengan mendalam tentang binaan rumusan, bilangan isi tersurat dan tersirat dan sebagainya.

4. Tatabahasa: Pelajar-pelajar akan diedarkan dengan kesalahan-kesalahan di dalam ayat dan mereka dikehendaki membetulkan kesalahan tersebut.

PANITIA BAHASA INGGERIS

Reading and writing skills are to be emphesized:

1. One topic is to be given to the students every week.

2. Students are encouraged to give extra reading materials. Extra materials like poems and song lyrics to be prepared for the students.

PANITIA SEJARAH

1. Menyediakan nota untuk semua pelajar dengan inisiatif guru matapelajaran.

2. Menambahkan kekerapan latihan.

3. Mengenalpasti masalah bagi kelas yang lemah. Pengajaran bagi topik yang susah akan diperlahankan. Mereka juga diajar untuk meringkaskan penerangan sesuatu kejadian.

PANITIA GEOGRAFI

1. Penyediaan buku skrap oleh pelajar bagi tajuk-tajuk yang mudah dengan harapan dapat memupuk minat, membuat pembacaan dan kaji selidik sendiri.

2. Pengubahsuaian sukatan pelajaran bagi kelas yang lemah.

 

PANITIA PERDAGANGAN

1. Kajian terhadap soalan-soalan peperiksaan lima tahun lepas akan dibuat bagi menganalisis kekerapan setiap topik yang dikemukakan. Adalah diharapkan dengan pendedahan ini akan memberikan garis panduan kepada pelajar dalam menghadapi peperiksaan SPM.

2. Pelajar digalakkan berbincang dengan rakan-rakan mereka di sekolah lain mengenai tajuk-tajuk yang penting dan bertukar-tukar pengetahuan. Selain itu, pelajar boleh juga mendapat skema jawapan dari sekolah-sekolah lain.

PANITIA EKONOMI/EKONOMI ASAS

1. Mengadakan aktiviti-aktiviti seperti kuiz, perbincangan dalam kumpulan mengenai isu-isu ekonomi semasa dan lakonan di dalam kelas dapat melahirkan minat pelajar.

2. Berusaha untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi pelajar dan secara bijak menyelesaikannya.

PANITIA MATEMATIK

1. Pembacaan sifir pendaraban akan diadakan setiap masa matapelajaran bagi pelajar Tingkatan 1.

2. Bengkel menjawab soalan (PMR dan SPM) akan diadakan bagi pelajar-pelajar kelas peperiksaan sebelum peperiksaan percubaan bermula.

3. Pelajar yang lemah yang mendapat markah memberangsangkan harus diberi markah merit.

4. Pelajar menyelesaikan masalah secara berkumpulan dan kemudian memberi penerangan kepada kelas.

PANITIA SAINS

1. Menonton rancangan-rancangan sains yang disiarkan melalui televisyen atau video/slaid.

2. Menulis esei tentang tajuk -tajuk berkaitan.

3. Menyediakan keratan akhbar untuk sudut sains.

4. Latihan dan perbincangan teknik menjawab soalan esei.

5. Pelajar dalam berkumpulan menyediakan Buku Skrap tentang tajuk-tajuk tertentu.

\