Latar Sekolah

Gemilang  Gemilang  Selamanya

 

        | Home  |  E-mail  |  


Sekapur Sirih seulas pinang

....SMKBS Online

 



Sila buat pilihan anda di bawah

Sejarah 

 lokasi  

Misi

Visi

Piagam Pelangan

Lagu Sekolah 

 Pengetua  

Falsafah Sekolah

Projek Khas 

 Perubahan Fizikal  

Objektif Jangka Pendek

Objektif Jangka Panjang

 Peraturan Sekolah  

Sistem Merit

Sistem Dimerit

PIBG


   2 of 2   Next

Pada tahun 1990, SMK Bandar mula menawarkan tempat untuk pelajar tingkatan empat aliran sastera. Sehubungan itu, pada tahun tersebut sebuah blok baru dibina bagi menempatkan pelajar-pelajar tingkatan empat. Keputusan SPM yang diumumkan untuk pertama kalinya pada tahun 1992 agak memberangsangkan. Pada tahun itu juga sekolah ini memulakan dua kelas aliran sains. Keputusan SPM pada tahun 1993 meningkat secara mendadak dengan kedua-dua kelas sains itu mencapai keputusan 100%. 

     Seterusnya sekolah ini mengorak langkah dengan menawarkan tempat untuk pelajar tingkatan enam pada tahun 1994. Ketika itu pihak sekolah terpaksa menghadapi beberapa kekurangan iaitu kekurangan guru siswazah terlatih, buku-buku rujukan dan pengalaman untuk mengendalikan kelas tersebut. Namun pihak sekolah berasa bangga kerana SMK Meradong yang telah lama menawarkan kelas tingkatan enam, dengan tangan terbuka memberikan bantuan dan tunjuk ajar. Hasilnya apabila keputusan STPM diumumkan untuk pertama kalinya pada tahun 1996, SMK Bandar Sarikei mencatatkan kejayaan cemerlang iaitu kelulusan 100% dengan 80% pelajarnya mendapat sijil penuh. Bahkan pelajar terbaik dalam peperiksaan itu berjaya meraih principal A(4A).

    Ekoran daripada kejayaan demi kejayaan yang dicapai dalam tiga tahun (1994-1996), sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum telah menjulang nama sekolah ini setanding dengan sekolah-sekolah lain yang telah lama kukuh di bahagian Sarikei ini iaitu SMB St.Anthony dan SMB Tinggi Sarikei. Bahkan masyarakat sekitar mula memberikan perhatian kepada sekolah ini. Sehubungan itu populasi pelajar di sekolah ini terus meningkat dan sehingga tahun 1996 bilangan pelajar sekolah ini berjumlah 1313 orang.

    Jelaslah kejayaan SMK Bandar Sarikei pada hari ini berkat kerjasama semua warga SMK Bandar Sarikei iaitu pengetua, guru-guru, kakitangan bukan akademik, PIBG dan para pelajar. Kini sekolah ini dalam usaha menggiatkan peningkatan prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah para pelajar sejajar dengan slogan dalam lagu sekolah "Gemilang SMK Bandar".

\