Latar Belakang
Sekolah
SMK Bandar Sarikei, pada
awal penubuhannya dikenali dengan nama Sarikei Town Goverment Secondary School. Bangunan
asal sekolah ini disewa daripada pihak sekolah menengah Methodist. Pada ketika itu hanya
terdapat dua buah blok bangunan. Blok pertama menempatkan bahagian pentadbiran, kelas
peralihan dan tingkatan satu. Manakala blok kedua juga menempatkan kelas peralihan. Pada
awal penubuhannya sekolah ini hanya menawarkan pendidikan setakat tingkatan tiga.
Kakitangan sekolah ini terdiri daripada tiga orang, iaitu seorang guru besar iaitu Encik
Wong Kiong Soon, dan dua orang guru iaitu Encik Benjamin Lim dan Cik Arjuna Hossein.
Sehubungan itu, bagi menampung kekurangan guru pihak sekolah telah mengambil dua orang
guru sandaran iaitu Cik Mary Wong dan Encik Michael Kanyau.
Pada tahun 1979, SMK Bandar
Sarikei berpindah ke bangunan tetap, iaitu terletak kira-kira 500 meter dari bangunan yang
asal. Di tapak sekolah yang baru ini terdapat sebuah blok pentadbiran, sebuah dewan dan
tiga blok untuk kelas yang berupa bangunan semi-konkrit. Di samping itu, terdapat
kemudahan lain iaitu gelanggang bola keranjang, gelanggang tenis, berek untuk pekerja,
kuarters tiga tingkat untuk para guru dan sebuah rumah untuk pengetua. Ketika itu, SMK
Bandar Sarikei masih lagi bertaraf sekolah menengah rendah. Pada tahun 1982, satu
peristiwa bersejarah telah berlaku di sekolah ini apabila Datuk Dr. Mahathir Mohamad
merasmikan bangunan sekolah ini. Sejajar dengan tarafnya sebagai sekolah menengah rendah,
pelajar-pelajar yang layak menyambung pelajaran mereka ke tingkatan empat, akan pergi ke
SMB Tinggi Sarikei atau ke St.Anthony. Oleh sebab itu sukar untuk menilai prestasi
akademik SMK Bandar ketika itu.