Selepas penubuhannya pada 1976 sehingga hari
ini, SMK Bandar Sarikei telah mencapai
prestasi yang menggalakkan dalam pelbagai aspek.Kecemerlangan SBS telah acapkali mendapat
pengikhtirafan daripada pelbagai pihak.
Justeru itu, Jabatan Pendidikan Bahagian Sarikei telah mencalonkan SBS untuk menerima
Anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Sarawak
1997 untuk kategori sekolah
menengah dalam bandar selaku wakil Bahagian Sarikei.
Pada 19 Mei 1997,bertempat di Dewan Suarah
Sibu, Sibu, impian dan hasrat SBS untuk
menggondol anugerah prestij menjadi kenyataan.
Bekas Ketua Pengarah Pendidikan,Yang Berbahagia Datuk Matnor Daim telah menyampaikan
anugerah Sekolah Harapan Negara Peringkat Negeri Sarawak 1997 kepada Pengetua
SBS, En.Ting
Pang Keng SBS telah dihadiahi sebuah plak dan sekeping sijil.